Mengenai kami

Ditubuhkan pada tahun 2006, SEATONGUE telah menjadi peneraju dalam industri terjemahan Asia.
Kami tidaklah selesa berada dalam kedudukan yang telah kami capai ini, kami faham kemampuan
untuk menawarkan sumber ahli bahasa Asia yang merupakan penutur asli dalam negara dan
dalaman yang tiada tandingan kepada pelanggan kami sesuatu yang penting untuk kekal menjadi
peneraju dalam persaingan ini.

Pendekatan Berpusatkan  Pelanggan

Pengalaman selama 10 tahun membolehkan kami menyeragamkan sistem dan proses kami dan
menawarkan perkhidmatan berpusatkan pelanggan yang bermakna kesemua projek disesuaikan
secara unik kepada matlamat dan keperluan pelanggan kami. Kami juga menggunakan maklum balas
positif dan negatif untuk mencipta perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada masa hadapan. Proses
kami distrukturkan untuk pengawasan dan ralat direkod pada setiap peringkat kerja.

Harga kompetitif, masa serahan projek pantas

Dengan pangkalan di seluruh dunia, kami memiliki sumber untuk digunakan dengan semua bahasa
global. Perkhidmatan terjemahan dan penyetempatan Asia kami berpangkalan di tengah-tengah Asia
memberikan kami akses tanpa sempadan kepada sumber penutur asli. Ini bermakna, kami dapat
menawarkan elemen penyetempatan pakar kepada perkhidmatan terjemahan kami pada harga yang
kompetitif dan masa serahan projek juga pantas.

Ahli bahasa dalam negara, dalaman di seluruh Asia

Elemen penyetempatan dinamik pada perkhidmatan terjemahan adalah penting untuk mengambil kira
dialek, budaya dan kelakuan rantau dalam semua projek. SEATONGUE dapat menyediakan ahli
bahasa dari dalam negara dalaman di seluruh Asia untuk memenuhi keperluan khusus ini.

Semua industri

Di SEATONGUE kami berbangga kerana kami dapat menawarkan perkhidmatan terjemahan dan
penyetempatan Asia dalam semua industri. Ahli bahasa yang kami pilih untuk projek anda bukan
sahaja memiliki kemahiran bahasa yang sesuai, mereka juga memiliki pengetahuan latar belakang
industri anda.

Perkhidmatan terjemahan dan penyetempatan dalam semua format

Jurutera kami adalah pakar dalam menterjemah bahasa dalam apa-apa format bagi memenuhi

Beritahu kami mengenai projek anda

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan
terjemahan Asia yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan
membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.