Terjemahan Bahasa Jepun

Baru-baru ini, syarikat besar telah mula melabur secara serius dalam perkhidmatan Terjemahan Bahasa Jepun, ini kerana pasaran Jepun amat meyakinkan dan dianggap sebagai pasaran tanpa batasan. SeaTongue merupakan syarikat terjemahan Jepun dengan lebih daripada 6 pejabat di Asia, memiliki pejabat di Jepun, kami dapat menawarkan pelanggan kami terjemahan berkualiti yang mereka cari dan kami tahu apakah kosnya sekiranya sesuatu mesej tidak disetempatkan dengan betul kepada penonton sasaran.

Pasukan profesional kami terdiri daripada penterjemah bahasa Jepun dalam negara, pengurus projek, pembaca pruf dan penyemak, kami mahukan kualiti terbaik dalam pasaran dan mahu menumpukan usaha kami dalam mengembirakan pelanggan, 70% daripada pelanggan baharu kami adalah hasil pengiklanan berita mulut ke mulut dan kami sangat sukakannya.

Kami memiliki teknologi terkini untuk memberikan anda kualiti terbaik pada kadar paling kompetitif, kami berpengalaman dalam hampir semua alat CAT yang berada di pasaran, SLD, Across dan banyak lagi, kami komited untuk menyempurnakan keperluan projek anda.

Kami menguruskan projek dengan cara berlainan; kami mulakan dengan perbincangan mesra mengenai keperluan projek anda, perniagaan anda, penonton sasaran anda dan objektif projek. Oleh itu kami dapat memastikan terjemahan kami memiliki kesan paling besar dalam membantu anda berjaya dalam pasaran baharu yang bakal anda laburkan.

Beberapa fakta mengenai Jepun dan bahasa Jepun yang mungkin menarik minat anda

Pembeli lebih suka membeli produk daripada jenama yang mereka suka, jika anda tidak berjaya menakluk hati mereka, perniagaan anda tidak akan berjalan lancar dan berjaya mengikut rancangan anda, cara terbaik untuk memastikan mesej anda disetempatkan dengan baik ialah untuk mensasarkan penonton, dapatkan penterjemah bahasa Jepun penutur asli, penterjemah yang tinggal di Jepun, yang memahami aspek budaya, memahami tingkah laku penonton sasaran anda lebih daripada orang lain, SeaTongue MILIKINYA, semak alamat pejabat Jepun kami di sini.

Perkhidmatan terjemahan bahasa Jepun kami merangkumi pelbagai industri kerana kami sudah memiliki penterjemah bahasa Jepun yang khusus, berikut merupakan beberapa bidang kepakaran:

  1. Terjemahan Perundangan Bahasa Jepun
  2. Terjemahan Dokumen Bahasa Jepun
  3. Penyetempatan Laman Web
  4. Terjemahan Automotif Bahasa Jepun
  5. Terjemahan Multimedia Bahasa Jepun
  6. Terjemahan e-pembelajaran Bahasa Jepun