Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Burma  

SEATONGUE mengkhusus dalam perkhidmatan terjemahan Bahasa Asia. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri, kami telah membina sebuah rangkaian ahli bahasa terlatih dalaman, rakan niaga dan pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia. Oleh kerana amalan kami meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, kami dapat menawarkan penyelesaian yang disesuaikan dalam apa juga bahasa, industri atau pengetahuan khusus yang mungkin diperlukan.

Bahasa Burma dan terjemahan

Bahasa Burma dituturkan sebagai bahasa pertama oleh 32 juta orang dan tergolong dalam bahasa Sino-Tibetan dari cabang Burma Selatan. Bahasa ini merupakan bahasa utama Myanmar – negara yang sebelum ini dikenali sebagai Burma dan bahasa ini juga dituturkan di Bangladesh, Malaysia, Thailand dan Amerika Syarikat. Di seluruh Myanmar, terdapat pelbagai dialek seperti Beik, Burma Mandalay, Burma Yangon dan Yaw. Disebabkan penutur bahasa ini sering bergaul dengan budaya lain, bentuk bahasa Burma yang dituturkan telah dipengaruhi oleh bahasa Portugis, Perancis, Inggeris dan Belanda.

Berbeza pula dengan skrip bertulis yang dipengaruhi oleh Hinduisme dan Buddhisme. Ia merupakan penyesuaian skrip Mon yang diperoleh daripada skrip Brahmi di India. Namun, disebabkan perkataan bertulis direka untuk mewakili bahasa Indo-Aryan, maka ia tidak begitu sesuai untuk memenuhi keperluan bahasa Burma.

Mengapa memilih SEATONGUE?

Apabila anda menghubungi SEATONGUE, anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan memadankan perkhidmatan berkualiti dan fleksibel kami untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan serta unik yang memenuhi visi dan matlamat anda dengan tepat. Penyetempatan merupakan keutamaan dalam hasil kerja kami dan kami berbangga kerana semua ahli bahasa kami merupakan penterjemah asli bahasa Asia dalam negara dan dalaman.

Kami menyediakan penyelesaian untuk semua format bagi terjemahan bahasa Burma:

  • Terjemahan (termasuk suntingan; semakan; membaca pruf; penciptaan TM; pengurusan terminologi; penjajaran; penilaian kualiti dan transkripsi)
  • DTP (termasuk mengatur huruf/susun atur; penyuntingan grafik; penandaan kandungan; penukaran data; pengurusan kandungan
  • Kejuruteraan (termasuk penyetempatan perisian; penyetempatan e-pembelajaran; penukaran; pengujian bahasa; pengujian perisian; kejuruteraan Bantuan; kejuruteraan Flash

Berpangkalan di Asia Tenggara, kami memiliki pengurus bahasa yang berkemahiran untuk semua bahasa utama Asia Tenggara serta menyediakan penjagaan pelanggan yang cemerlang, kami mengawasi kesemua proses dan sistem kami. Dengan cara ini kami dapat memastikan anda menerima perkhidmatan bahasa berkualiti tinggi berdasarkan keperluan pelanggan anda, belanjawan dan tarikh akhir.

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan bahasa Burma yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.