Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Indonesia

Berpangkalan di tengah-tengah Asia Tenggara, SEATONGUE cukup sesuai untuk menyediakan
perkhidmatan terjemahan bahasa Indonesia yang berkualiti pada harga kompetitif dalam tempoh
masa yang pantas. Ini kerana kesemua proses kami berpusatkan pelanggan, kami bukan sahaja
dapat menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan, malah kami
fleksibel untuk bekerjasama dengan semua industri dan bidang serta menawarkan perkhidmatan
dalam semua format (antaranya terjemahan dokumen, terjemahan bersekemuka, DTP dan
kejuruteraan).

Bahasa Indonesia

Bahasa rasmi Indonesia dikenali sebagai Bahasa Indonesia dan merupakan variasi bahasa Melayu.
Bahasa Indonesia biasanya digunakan dalam perdagangan, pentadbiran, pendidikan dan media,
tetapi kebanyakan warga Indonesia bertutur bahasa lain seperti Jawa, sebagai bahasa pertama
mereka. Kebanyakan buku di Indonesia ditulis dalam bahasa Indonesia

Mengapa SEATONGUE?

Perkhidmatan terjemahan bahasa Indonesia SEATONGUE menawarkan lebih daripada padanan
bahasa yang sesuai. Sebagai peneraju industri dalam perkhidmatan terjemahan bahasa Asia, kami
menjadi pakar dalam penyetempatan. Satu daripada kekuatan kami adalah kami memiliki ahli bahasa
dalam negara dan dalaman di seluruh Asia. Oleh itu, perkhidmatan penyetempatan kami diperhalusi
dan diseragamkan untuk mengikut nuansa dialek, budaya dan bahasa.

“SEATONGUE menyediakan sumber yang tiada tandingan bagi ahli bahasa dalaman di seluruh Asia”

Perkhidmatan utama kami adalah:

Semasa menghubungi SEATONGUE anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan
memadankan keperluan perniagaan dan matlamat anda kepada sumber kami. Di samping
memberikan perkhidmatan kepada penutur bahasa Indonesia, kami turut mengambil kira
pengetahuan latar belakang holistik dan kemahiran yang diperlukan untuk menterjemah dalam
industri anda. Kami juga mengambil kira kemahiran kejuruteraan dan teknologi yang diperlukan,
bergantung kepada terjemahan yang dibuat. Dengan cara begini kami menawarkan perkhidmatan
untuk semua industri termasuk:

Kami telah bekerjasama dengan jenama berprofil tinggi seperti:

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan
bahasa Indonesia yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan
membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.