Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Khmer

Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam industri terjemahan bahasa Asia, SEATONGUE dikenali sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang mantap dan unggul kepada pelanggan perniagaannya yang setia. Berpangkalan di tengah-tengah Asia Tenggara, SEATONGUE cukup sesuai untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan Khmer yang berkualiti pada harga kompetitif dalam tempoh masa yang pantas. Ini kerana kesemua proses kami berpusatkan pelanggan, kami bukan sahaja dapat menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan, malah kami fleksibel untuk bekerjasama dengan semua industri dan bidang serta menawarkan perkhidmatan dalam semua format.

Bahasa Khmer

Dengan lebih kurang 16 juta penutur dan bahasa paling meluas digunakan selepas bahasa Vietnam, bahasa Khmer merupakan bahasa rasmi Kemboja. Walaupun dianggap sebagai bahasa terpencil, struktur bahasa ini telah dipengaruhi oleh bahasa dan budaya berhampiran lain seperti Burma Thai, Lao dan Vietnam. Bahasa ini unik dan bukanlah bahasa bernada. Perkataan ditekankan pada suku kata akhir; oleh itu banyak perkataan mengikut corak biasa Mon–Khmer bagi suku kata yang ditekankan diikuti dengan suku kata kecil.

Terdapat banyak dialek Khmer yang difahami tetapi boleh dibezakan (lihat penterjemah penutur asli dalam negara, dalaman di bawah). Terdapat tiga dialek berbeza: Khmer standard yang diajarkan di sekolah Kemboja dan digunakan dalam media; Khmer Utara merujuk kepada dialek yang dituturkan dalam sempadan wilayah timur Thailand; Khmer Barat yang dituturkan di pergunungan Cardamom; Khmer Phnom Penh yang dituturkan di ibu negara dan Khmer Selatan yang dituturkan oleh populasi Khmer di delta Mekong.

Mengapa SEATONGUE?

Kami percaya untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan Khmer yang efektif, anda perlu mampu untuk       fleksibel dan memiliki sumber dinamik untuk memenuhi keperluan dan matlamat setiap projek perniagaan yang unik.

Elemen penyetempatan dinamik pada perkhidmatan terjemahan adalah penting untuk mengambil kira dialek, budaya dan kelakuan rantau dalam semua projek. SEATONGUE dapat menyediakan ahli bahasa dalam negara dan dalaman di seluruh Asia untuk memenuhi keperluan khusus ini.

Kami mempunyai pengurus bahasa untuk semua bahasa utama asia tenggara untuk dipadankan dengan semua bahasa global.

Selain daripada pengkhususan dalam penterjemah bahasa Asia penutur asli, kami juga memastikan ahli bahasa memiliki kemahiran dan pengetahuan yang perlu dalam industri projek khusus atau kejuruteraan dan perisian untuk memudahkan proses melengkapkan projek

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan bahasa Khmer yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.