Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Malayalam

SEATONGUE mengkhusus dalam perkhidmatan Terjemahan Bahasa Asia. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri, kami telah membina sebuah rangkaian ahli bahasa terlatih dalaman, rakan niaga dan pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia. Oleh kerana amalan kami meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, kami dapat menawarkan penyelesaian yang disesuaikan dalam apa juga bahasa, industri atau pengetahuan khusus yang mungkin diperlukan.

Bahasa Malayalam

Malayalam merupakan bahasa Dravidian dengan lebih daripada 38 juta orang penutur. Bahasa ini dituturkan di India Barat di wilayah seperti Kerala, Kepulauan Laccadive dan negeri berhampiran dengannya. Bahasa ini juga sering dituturkan di Bahrain, Fiji, Israel, Malaysia, Qatar, Singapura dan UAE. Skrip bertulis Malayalam yang tertua diketahui bertarikh pada tahun 830 dan dikenali sebagai Vazhappalli.

Abjad Grantha telah dibawa ke India Selatan pada kurun ke-8 dan ke-9 dan disesuaikan kepada bahasa Malayalam untuk tujuan penulisan. Selepas beberapa kurun, penyesuaian selanjutnya dibuat sehingga kepada format yang kita ketahui hari ini.

Ke arah perkhidmatan terjemahan unggul

Apabila menterjemah bahasa Malayalam, perlu diambil kira bahawa terdapat perbezaan dalam bahasa yang ditentukan melalui sama ada interaksi berlaku secara formal atau tidak formal, wilayah yang terlibat (SEATONGUE menawarkan ahli bahasa penutur asli dalaman– lihat di bawah) dan perbezaan dibuat melalui kasta dan agama.

Apakah perkhidmatan terjemahan bahasa Malayalam yang ditawarkan oleh SEATONGUE?

SEATONGUE berbangga kerana mampu menawarkan perkhidmatan terjemahan dalam semua format yang diperlukan bagi industri dan teknologi digital dalam abad ke-21. Perkhidmatan kami termasuk:

Di SEATONGUE kami boleh melakukan lebih daripada mencari penyelesaian untuk pasangan bahasa yang diperlukan. Kesemua ahli bahasa kami adalah ahli bahasa dalaman dan kami boleh menyediakan penutur asli untuk semua negara dan rantau. Mengalu-alukan individu, perniagaan dan agensi, kami telah mencipta sebuah sistem yang mantap yang membolehkan kami memantau perkhidmatan yang anda terima berkualiti tinggi dan diselaraskan untuk masa hadapan.

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang pengurus projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperincit.