Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Utara dan Tengah Asia

Di SEATONGUE, kesemua perkhidmatan terjemahan Bahasa Utara dan Tengah Asia kami memiliki
kualiti yang tersendiri. Kepuasan pelanggan sangat penting kepada kami dan kami memastikan
semua projek kami berpusatkan pelanggan. Dengan cara begini kami boleh menawarkan
perkhidmatan terjemahan yang unggul yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan kami dan
pada masa yang sama menyeragamkan perkhidmatan untuk masa hadapan.

Disebabkan sumber yang luas, kami mampu menguruskan bahasa di seluruh dunia tetapi pakar
dalam bahasa Asia. Kami juga mampu bekerja dalam hampir semua latar belakang industri. Kami
menyesuaikan sumber kami untuk memenuhi keperluan perniagaan anda.

Bahasa Asia Utara dan Asia Tengah

Asia Utara menjadi rumah bagi sejumlah 38 juta warga Rusia, Asia Tengah pula secara demografinya
lebih berpecah dan meliputi kawasan daripada Laut Kaspia di Barat ke China di Timur dan
Afghanistan di Selatan. Enam negara di dalam rantau ini kesemuanya memiliki nama yang berakhir
dengan “-stan” yang diperoleh daripada terminologi Parsi bermaksud “tanah”.

Bahasa serta dialek unik yang dituturkan di kawasan luas ini amatlah pelbagai. SEATONGUE
berbangga kerana memiliki sumber meluas penutur asli di negara dan dalaman supaya kami boleh
memadankan ahli bahasa yang paling sesuai dengan keperluan projek perniagaan anda. Kami juga
mengembil kira latar belakang industri mengikut projek anda dan memilih ahli bahasa yang
berkemahiran yang memiliki pengetahuan menyeluruh untuk melengkapkan mana-mana projek yang
termasuk terjemahan atau manipulasi kejuruteraan atau perisian.

Di bawah merupakan senarai bahasa utama yang kami usahakan.

Ini bukanlah penghujung senarai kami, sekiranya anda tidak menemui bahasa yang anda cari, sila
hubungi kami:

Mengapa SEATONGUE?

Apabila anda menghubungi SEATONGUE, anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang
akan memadankan perkhidmatan berkualiti dan fleksibel kami untuk menyediakan penyelesaian yang
disesuaikan serta unik yang memenuhi visi dan matlamat anda. Penyetempatan merupakan
keutamaan dalam hasil kerja kami dan kami berbangga kerana semua ahli bahasa kami merupakan
penterjemah yang berasal dari negara Asia.

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan
bahasa Utara dan Tengah Asia yang anda perlukan. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus
Projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda secara lebih lanjut.