Terjemahan Bahasa Vietnam

Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam industri terjemahan bahasa Asia, SEATONGUE dikenali sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang mantap dan unggul kepada pelanggan perniagaannya yang setia. Berpangkalan di tengah-tengah Asia Tenggara, SEATONGUE cukup sesuai untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan Vietnam yang berkualiti pada harga kompetitif dalam tempoh masa yang pantas. Ini kerana kesemua proses kami berpusatkan pelanggan, kami bukan sahaja dapat menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan, malah kami fleksibel untuk bekerjasama dengan semua industri dan bidang serta menawarkan perkhidmatan dalam semua format.

Bahasa Vietnam

Kira-kira 59 juta orang bertutur menggunakan bahasa Vietnam. Bukan sahaja terdapat penutur asli di Vietnam, malah terdapat sejumlah besar penutur bahasa ini di AS, Kanada, Perancis, Senegal dan Australia. Bahasa ini juga digunakan sebagai bahasa kedua di negara jiran seperti di Laos, Kemboja dan Thailand. Terdapat tiga dialek utama (lihat di bawah bagaimana SEATONGUE dapat menawarkan ahli bahasa dan penterjemah penutur asli) yang sepadan dengan ketiga-tiga rantau utama di Vietnam:

  • Vietnam Utara (Hanoi)
  • Vietnam Tengah (Hue)
  • Vietnam Selatan (Bandaraya Ho Chi Minh)

Dialek ini berbeza dari segi sebutan dan perbendaharaan kata. Malah, bahasa Vietnam merupakan bahasa bernada, maksudnya makna sesuatu perkataan bergantung kepada nada yang dituturkan.

Skrip bertulis Vietnam dipinjam daripada bahasa Cina dan secara beransur-ansur mencipta sebuah sistem yang dipanggil Han-Viet.

Mengapa SEATONGUE?

Di SEATONGUE kami menawarkan lebih daripada hanya padanan bahasa yang diterima. Kesemua proses dan sistem kami digayakan bagi memastikan ahli bahasa yang diperuntukkan kepada projek anda merupakan penterjemah asli, di mana perlu, memiliki pengetahuan latar belakang dalam industri anda dan memiliki pemahaman mendalam bagi sebarang faktor teknologi atau teknikal yang terlibat dalam terjemahan. Dengan cara begini kami boleh menawarkan perkhidmatan terjemahan bahasa Vietnam dalam semua format:

  • Terjemahan (termasuk suntingan; semakan; membaca pruf; penciptaan TM; Pengurusan Terminologi; penjajaran; penilaian kualiti dan transkripsi)
  • DTP (termasuk Mengatur huruf/susun atur; penyuntingan grafik; penandaan kandungan; penukaran data; pengurusan kandungan)
  • Kejuruteraan (termasuk penyetempatan perisian; penyetempatan e-pembelajaran; penukaran; pengujian bahasa; pengujian perisian; kejuruteraan Bantuan; kejuruteraan Flash)

Kami bekerjasama dengan semua industri seperti IT, Telekomunikasi, Automotif, Kejuruteraan, Elektronik pengguna, Pemasaran dan industri Perubatan.

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang pengurus projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.