Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Timur Tengah

Di SEATONGUE, kesemua perkhidmatan terjemahan Timur Tengah kami memiliki kualiti yang tersendiri. Kepuasan pelanggan sangat penting kepada kami dan kami memastikan semua projek kami berpusatkan pelanggan. Dengan cara begini kami boleh menawarkan perkhidmatan terjemahan yang unggul yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan kami dan pada masa yang sama menyeragamkan perkhidmatan untuk masa hadapan.

Bahasa Timur Tengah

Timur Tengah merupakan kawasan berpusat di Asia Barat dan Mesir. Terdapat 4 bahasa utama dituturkan di kawasan ini, bahasa Arab, Parsi, Turki dan Kurdistan. Bahasa semitik seperti Ibrani dan Aramia juga turut dituturkan, terutamanya oleh orang Assyria dan Mandean. Juga terdapat bahasa Armenia, Azerbaijan, Somali, Circassia dan Iran. Bagi tujuan terjemahan, terdapat keperluan sebenar untuk penyetempatan dalam semua padanan bahasa disebabkan bilangan dialek yang banyak. SEATONGUE adalah pakar dalam penyetempatan dan melalui sumber ahli bahasa dalaman dan dalam negara yang meluas, kami akan memilih penterjemah yang dapat memenuhi keperluan perniagaan anda.

Bahasa Arab

Sebagai bahasa asli bagi lebih 200 juta orang, bahasa Arab merupakan bahasa bagi 22 buah negara di kawasan yang menganjur dari barat daya Asia ke barat laut Afrika. Bahasa Arab klasik atau Fus-ha merupakan bahasa yang digunakan dalam tulisan Al-Quran dan dianggap sebagai asas bagi sintaktik dan bentuk tatabahasa untuk bahasa Arab.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Arab…

Bahasa Parsi

Bahasa Farsi juga dikenali sebagai Parsi dituturkan di Iran, Uzbekistan, Afghanistan dan Tajikistan. Menurut sejarah, kawasan bahasa ini dituturkan menganjur dari Timur Tengah ke India, tetapi pada hari ini, bahasa Parsi difahami di sebahagian kawasan di Armenia, Azerbaijan, India, Iraq, Kazakhtan, Pakistan, Turkmenistan dan Turki.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Parsi…

Bahasa Turki

Sebagai bahasa rasmi Turki, Turki memiliki lebih daripada 72 juta penutur asli. Bahasa ini turut dituturkan di luar sempadan negara seperti di Cyprus Utara, Iraq, Greece, Bulgaria, Kosovo, Albania dan Eropah Timur. Bahasa ini memiliki banyak pengaruh daripada negara jiran serta negara Eropah

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Turki…

Bahasa Kurdistan

Bahasa Kurdistan merupakan sebahagian daripada bahasa Barat laut Iran dan dituturkan oleh orang Kurdistan di Asia Barat. Terdapat tiga dialek berbeza: Kurdistan Tengah (Sorani), Kurdistan Utara (Kumanji) dan Kurdistan Selatan (Pehlewani) Anggaran terkini mencadangkan terdapat 20-30 juta penutur bahasa Kurdistan di dunia pada hari ini.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Kurdistan…

Mengapa SEATONGUE?

Apabila anda menghubungi SEATONGUE untuk perkhidmatan terjemahan Timur Tengah, anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan memadankan perkhidmatan berkualiti dan fleksibel kami untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan serta unik yang memenuhi visi dan matlamat anda dengan tepat. Penyetempatan merupakan keutamaan dalam hasil kerja kami dan kami berbangga kerana semua ahli bahasa kami merupakan penterjemah asli dalam negara dan dalaman.

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Timur Tengah yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.