Perkhidmatan Terjemahan dan Penyetempatan SEATONGUE

Kami berbangga kerana dapat menawarkan perkhidmatan terjemahan dan penyetempatan bahasa
Asia berpusatkan pelanggan yang bersepadu sepenuhnya kepada semua industri, semua bahasa
dan dalam semua format bagi memenuhi keperluan perniagaan global yang dinamik dalam dunia
moden masa kini. Dengan sumber ahli bahasa Asia dalam negara dan dalaman yang tiada
tandingannya, kami mampu menyediakan perkhidmatan unggul yang disesuaikan mengikut matlamat
dan visi unik pelanggan perniagaan kami.

Perkhidmatan Terjemahan

Semua penterjemah SEATONGUE merupakan penutur asli di negara masing-masing. Mereka tahu
mengenai kepelbagaian budaya tempatan dan sentiasa mengikuti perkembangan dan nuansa dalam
bahasa asli mereka. Buat masa ini kami mampu menterjemah produk dan penerbitan ke dalam
kebanyakan bahasa Asia dan akan menambah banyak lagi pada masa hadapan.

Sistem kami termasuklah proses pemilihan yang teliti di mana ahli bahasa relevan bukan sahaja
mengikut negara, budaya dan rantaunya tetapi juga relevan kepada industri, keperluan teknologi dan
pengalaman pasaran yang berbeza. Oleh itu kami menggunakan alat berikut untuk menyokong
penterjemah kami dalam kerja mereka, Idiom, Trados, Passolo, SDLX, Wordfast, Fortis, Transit,
Easy-Translator, Deja Vu, Helium, Loc Studio, WinTrans, HyperHub, Systran, Alchemy Catalyst,
WimTradNG, Sony Ericsson’s TMS, dan IBM’s Translation Manager.

Perkhidmatan kami termasuk:

Perkhidmatan ahli bahasa dalam pasangan bahasa

  •  Suntingan dan semakan dokumen
  •  Membaca pruf
  •  Penciptaan TM
  •  Pengurusan terminologi
  •  Penjajaran
  •  Penilaian kualiti
  •  Transkripsi
  •  …dan banyak lagi!

Ketahui selanjutnya…

Hubungi kami

Penerbitan Desktop Berbilang Bahasa

Perkhidmatan DTP Berbilang Bahasa yang berkesan hendaklah menyediakan lebih daripada hanya
ahli bahasa yang hebat. Kami akan menguruskan projek anda dengan mengambil kira kemahiran
yang diperlukan untuk membawa anda menerusi kitaran kandungan penuh pengarangan, reka
bentuk, pemformatan dan percetakan.

Perkhidmatan kami termasuk:

  •  Mengatur huruf dan susun atur
  •  Penyuntingan grafik
  •  Penandaan kandungan
  •  Penukaran data
  •  Penerbitan xml
  •  Pengurusan kandungan

Ketahui selanjutnya…

Hubungi kami

Penyetempatan

Penyetempatan merupakan komponen asas dalam perkhidmatan terjemahan. Ia memastikan bahawa
pelbagai budaya, dialek dan budaya komunikasi yang unik diambil kira pada setiap peringkat proses
terjemahan. Tiada tempat di dunia yang mempunyai isu rumit seperti ini yang lebih mencabar
daripada rantau Asia, jadi untuk pelanggan perniagaan kami di SEATONGUE kami menyediakan
perkhidmatan dinamik di mana perisian, laman web, pakej, kesusasteraan pemasaran dan
kandungan lain, disesuaikan untuk menyelesaikan cabaran operasi dan bahasa yang menceburi
dalam pasaran baharu di Asia.

Ketahui selanjutnya…

Hubungi kami

Pengujian

Setiap syarikat atau perniagaan perlu memastikan produk dan perkhidmatannya memenuhi keperluan
pasaran sasarannya. Di SEATONGUE kami membangunkan perkhidmatan terjemahan bahasa Asia
kami supaya pengujian terjemahan dan penyetempatan menjadi elemen intrinsik dan asas bagi
perkhidmatan yang kami sediakan. Kami percaya hanya dengan melakukan perkhidmatan
terjemahan secara analisis terbuka, kami akan terus dapat menyediakan perkhidmatan bermutu
kepada pelanggan setia kami dan sentiasa menyeragamkan sistem dan penyelesaian kami pada
masa hadapan.

Ketahui selanjutnya…

Hubungi kami

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan yang
anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan membantu anda dan
mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.