Perkhidmatan DTP Berbilang Bahasa

DTP (Penerbitan Desktop) merupakan fungsi utama kebanyakan perniagaan dalam dunia teknologi moden masa kini. Ia boleh menjadi faktor asas untuk latihan, memacu penjanaan dan jualan, pemasaran dalam talian dan luar talian, rangkaian dan pengurusan projek. Apabila perniagaan korporat semakin berkembang dan ditempatkan di rantau dan negara baharu, adalah penting untuk bahan diterbitkan boleh diakses oleh pekerja global dan begitu juga bagi pasaran sasaran baharu.

Disesuaikan kepada keperluan perniagaan khusus anda

Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam industri terjemahan Asia, SEATONGUE menawarkan perkhidmatan DTP Berbilang Bahasa berpusatkan pelanggan yang dinamik. Dari awal lagi, apabila projek anda dimulakan, anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan mengambil kira matlamat dan visi anda dan memadankannya mengikut keperluan anda dengan tepat. Kami telah membina sumber yang tiada tandingan bagi Ahli Bahasa Asia dalaman untuk memastikan penyetempatan merupakan asas kepada penyelesaian yang kami sediakan.

Bahasa, reka bentuk kandungan dan kemahiran penerbitan

Perkhidmatan DTP Berbilang Bahasa yang berkesan hendaklah menyediakan lebih daripada ahli bahasa yang hebat. Kami akan menguruskan projek anda dengan mengambil kira kemahiran yang diperlukan untuk membawa anda menerusi kitaran kandungan penuh pengarangan, reka bentuk, pemformatan dan percetakan.

Perkhidmatan kami termasuk:

  • Mengatur huruf dan susun atur
  • Penyuntingan grafik
  • Penandaan kandungan
  • Penukaran data
  • Penerbitan xml
  • Pengurusan kandungan

Senarai ini tidak berakhir di sini – matlamat kami adalah untuk sentiasa menyesuaikan sumber kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.

Untuk menyediakan perkhidmatan DTP Berbilang Bahasa disetempatkan yang tepat, kami menggunakan semua platform terkini dan alat DTP seperti:

  • Adobe Acrobat
  • WebWorks
  • In Design
  • MS Office
  • MS Publisher
  • FrameMaker
  • Corel Ventura
  • Interleaf
  • Illustrator
  • Page Maker
  • Quark
  • Photoshop
  • …dan banyak lagi

Sekali lagi, senarai ini tidak berakhir di sini tetapi ditunjukkan untuk memberikan anda pilihan set kemahiran yang luas yang kami gunakan di SEATONGUE.

Jaminan untuk anda bagi perkhidmatan berkualiti

Intrinsik pada perkhidmatan terjemahan Asia, kami menyelia perkhidmatan kami untuk memastikan semua peringkat kitaran kandungan bebas daripada ralat. Sepanjang proses terjemahan dan terutamanya semasa fasa suntingan bagi kitaran kandungan, laporan ralat untuk penterjemah akan disediakan, kedua-duanya untuk memastikan standard yang tinggi dicapai dan sebagai penanda aras untuk masa hadapan. Dengan cara begini anda dijamin bahawa produk akhir anda berkualiti tinggi dan dapat dibezakan daripada teks asal dari segi matlamat dan konteksnya.

Bagaimana untuk saya bermula?

Kami boleh membantu anda maju ke hadapan dengan projek global anda. Sila isikan borang pada laman web kami dan berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.