Penyetempatan

Penyetempatan merupakan komponen asas dalam perkhidmatan terjemahan. Ia memastikan bahawa pelbagai budaya, dialek dan budaya komunikasi yang unik diambil kira pada setiap peringkat proses terjemahan. Tiada tempat di dunia yang mempunyai isu rumit seperti ini yang lebih mencabar daripada rantau Asia, jadi untuk pelanggan perniagaan kami di SEATONGUE kami menyediakan perkhidmatan dinamik di mana perisian, laman web, pakej, kesusasteraan pemasaran dan kandungan lain, disesuaikan untuk menyelesaikan cabaran operasi dan bahasa yang menceburi ke dalam pasaran baharu di Asia.

“SEATONGUE menyediakan sumber yang tiada tandingan bagi ahli bahasa dalaman di seluruh Asia” 

Kumpulan Penerbitan Berbilang Bahasa (MPG) kami telah bangkit untuk memenuhi cabaran tersebut dan kini kami memiliki sumber untuk mengendalikan setiap aspek proses penyetempatan, daripada reka bentuk kandungan kepada pengarangan hingga pemformatan serta penyerahan akhir projek. Ini memberikan SEATONGUE kelebihan daya saing terhadap syarikat lain di rantau ini. 

Penyetempatan laman web

Apabila pemasaran dalam dunia perniagaan dan komersil terus dipacu oleh teknologi, pelanggan boleh dijana daripada mana-mana sahaja di dunia dengan hanya mengklik butang, tetapi jika perisian atau aplikasi tersebut tidak mesra pengguna kepada pengguna global, perniagaan akan mengalami kerugian dari awal. Setelah kehadiran internet anda disetempatkan anda boleh menumpukan kepada subset geografi pasaran sasaran anda. Bukan sahaja laman web anda disetempatkan mengikut bahasa yang dikehendaki, tetapi ia juga mengambil kira budaya dan sikap respons khusus rantau tersebut.

Penyetempatan perisian 

Perniagaan global juga mungkin menggunakan sistem komputer dalaman yang sama di negara dan rantau berlainan, jadi penting untuk pekerja dapat mengakses sistem dengan mudah. SEATONGUE kini merupakan pakar dalam penyetempatan perisian dan turut mengambil kira manual, risalah, komponen pembungkusan yang diperlukan untuk memberikan perisian wajah tempatan. Ini termasuklah Perkhidmatan DTP Berbilang Bahasa di mana latihan dan bahan pemasaran boleh disetempatkan untuk memenuhi keperluan serantau 

Penyetempatan e-pembelajaran

e-pembelajaran kini merupakan bahagian yang diterima bagi pendidikan dan latihan di sekolah dan industri. SEATONGUE menawarkan kemahiran perisian dan pengetahuan terjemahan Asia yang tiada tandingan untuk membolehkan perniagaan mencipta kursus latihan secara dalam talian untuk memenuhi keperluan setiap kawasan setempat dan rantau di mana kerja kursus tersebut mungkin diperlukan. 

Penyetempatan mudah alih

Komunikasi telefon mudah alih telah mengubah cara manusia berinteraksi pada abad ke-21 ini. Selain daripada menjadikan internet dan media sosial tersedia di mana sahaja, perniagaan boleh berhubung dengan bakal pelanggan di negara lain dalam hanya beberapa saat sahaja. Begitu juga laman web, kedua-dua bahagian hadapan bahagian belakang UI perlu diformat untuk memenuhi keperluan pengguna di rantau yang khusus . 

Dengan semua perkhidmatan penyetempatan, kami memastikan setiap produk diuji sebelum digunakan. Di SEATONGUE, anda boleh berasa yakin bahawa kami menguji bagaimana kefungsian dalam setiap rantau disetempatkan dan berapa banyak sokongan diperlukan untuk memberikan nilai serta-merta kepada pengguna akhir dan pengguna.

Untuk menghubungi terjemahan Asia SEATONGUE klik di sini