Pengujian terjemahan dan penyetempatan bahasa Asia

Setiap syarikat atau perniagaan perlu memastikan produk dan perkhidmatannya memenuhi keperluan pasaran sasarannya. Di SEATONGUE membangunkan perkhidmatan terjemahan bahasa Asia kami supaya pengujian terjemahan dan penyetempatan menjadi elemen intrinsik dan asas bagi perkhidmatan yang kami sediakan. Kami percayahanya dengan melakukan perkhidmatan terjemahan secara analisis terbuka, kami akan terus dapat menyediakan perkhidmatan bermutu kepada pelanggan setia kami dan sentiasa menyeragamkan sistem dan penyelesaian kami pada masa hadapan.

Model dirumuskan untuk pengujian perisian

Kesemua dokumen yang diterjemah tertakluk kepada penelitian pasukan penyunting serta pembaca pruf kami, supaya kami dapat menjamin tahap ortografi, sintaks, semantiks, terminologi dan wacana kebudayaan kesemua dokumen. Kami juga telah merumuskankan model standard untuk pengujian program perisian dan laman web dan dapat memastikan penyelesaian tersebut memenuhi standard tertinggi teknologi siap guna, kefleksibelan dan berskala.

Memantau daripada permulaan projek terjemahan bahasa Asia anda

Setiap pelanggan kami diperuntukkan seorang pengurus projek yang akan menguruskan semua keperluan unik untuk menjamin bahawa pengurus projek tersebut akan memadankan keperluan mengikut penerangan projek anda. Semasa kitaran terjemahan, laporan ralat akan diselia untuk menjamin standard tertinggi dan bertindak sebagai penanda aras untuk masa akan datang.

Di mana adanya keperluan untuk jurutera penyetempatan kami terlibat dalam pemeriksaan produk, analisis selanjutnya dilakukan kerana kami perlu menguji kefungsian dalam setiap rantau yang telah anda setempatkan perisian khusus dan berapa banyak sokongan yang diperlukan untuk menyempaikan nilai sebenar kepada pengguna akhir atau pengguna. Pengujian kami termasuklah alat digital seperti penyemak ejaan, fungsi pengecaman suara dan enjin carian. SEATONGUE juga akan memeriksa peraturan dan kawal atur setiap negara dan rantau bagi sempadan berkenaan pengedaran.

Produk yang telah siap hendaklah sedia untuk dipasarkan jadi pengujian yang dilakukan termasuklah:

  • Pengujian UI
  • Pengujian pengesahan
  • Analisis sedia ada pasaran

Mempertingkatkan perkhidmatan terjemahan kami pada masa akan datang

Selepas perkhidmatan terjemahan diberikan, laporan ralat digabungkan untuk mencipta laporan ralat sukuan dan analisis seterusnya akan dijalankan. Latihan selanjutnya untuk ahli bahasa atau peranan lain dalam perkhidmatan kami akan dipertimbangkan. Pada peringkat ini juga, kami akan menerima ulasan paling penting – maklum balas pelanggan. Melalui maklumat ini kami akan dapat membuat tindakan pembetulan/pencegahan dan mengemas kini dokumen

SEATONGUE merupakan sebuah syarikat terjemahan Asia dan peneraju dalam bidang penyetempatan budaya dan terjemahan. Untuk bercakap dengan salah seorang perunding kami klik di sini