Perkhidmatan Terjemahan Bahasa Asia Selatan

Asia Selatan mengandungi lebih daripada 100 bahasa berbeza. Kebanyakan bahasa yang dituturkan di India berasal dari Indo-Eropah, Dravidian atau keluarga bahasa Tibeto-Burman. Hampir satu pertiga daripada bahasa yang dituturkan di Asia Selatan mempunyai lebih daripada 1 juta penutur. Beberapa daripada bahasa yang paling meluas disenaraikan di bawah. Jika anda tidak menemui bahasa yang anda cari – sila hubungi kami.

Bengali

Bengali merupakan bahasa Indo-Aryan yang dituturkan secara meluas di benua kecil India Timur. Bahasa ini telah berkembang daripada bahasa Magadhi Prakrit dan Sanskrit dan merupakan bahasa kedua yang paling meluas dituturkan di India. Buat masa ini, bahasa Bengali turut digunakan di Bangladesh hingga ke negeri India, Bengal Barat, Assam dan Tripura. Dengan lebih kurang 230 juta penutur di seluruh dunia, Bahasa Bangla juga merupakan salah satu bahasa yang paling meluas dituturkan di dunia.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Bengali…

Dari

Kadangkala dirujuk sebagai Dari Parsi Afghan, merupakan satu daripada dialek yang penting dalam bahasa Parsi moden. Bahasa rasmi Afghanistan, dituturkan dianggarkan yang 5 juta orang dan digunakan sebagai alat utama untuk komunikasi. Bahasa Dari dikelaskan sebagai sebahagian daripada cabang bahasa Iran daripada keluarga bahasa Indo-Iran. Pembangunan bahasa keluarga Indo Iran boleh dibahagikan kepada tiga kategori: lama, pertengahan dan moden.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Dari…

Gujarati

Bahasa asli bagi negeri Gujarat di India, Gujarati berasal daripada bahasa Gujarati Lama yang diperoleh daripada bahasa Sanskrit. Dianggarkan terdapat 54.6 juta penutur bahasa ini di India (4.5% daripada populasi India) dan 65.5 juta penutur di seluruh dunia dan menjadikan bahasa ini bahasa asli ke-26 paling meluas dituturkan di dunia.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Gujarati…

Hindi

Perkataan ‘Hindi’ diberikan kepada bahasa ini oleh orang Turki yang bertutur bahasa Parsi yang menjajah negara Punjab pada kurun ke-11. Hindi bermaksud “bahasa tanah Sungai Indus”. Hampir 425 juta orang bertutur bahasa Hindi sebagai bahasa pertama dan kira-kira 120 juta orang menggunakannya sebagai bahasa kedua.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Hindi…

Kannada

Dianggarkan kira-kira 35 juta Kannadigas (cth. orang yang bertutur bahasa Kannad di dunia) yang menjadikannya bahasa ke-27 paling meluas dituturkan di dunia. Bahasa ini merupakan satu daripada bahasa rasmi di India dan merupakan bahasa pentadbiran rasmi negeri Karnataka.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Kannada…

Kashmiri

Dituturkan di Lembah Kashmir di India, Kashmiri berasal daripada keluarga bahasa Dardic. Menurut bancian yang dibuat pada tahun 2001, terdapat 5.5 juta penutur bahasa ini di India.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Kashmiri…

Malayalam

Apabila menterjemah bahasa Malayalam, perlu diambil kira bahawa terdapat perbezaan dalam bahasa yang ditentukan melalui sama ada interaksi berlaku secara formal atau tidak formal, rantau yang terlibat (SEATONGUE menawarkan ahli bahasa penutur asli dalaman – lihat di bawah) dan perbezaan dibuat melalui kasta dan agama.

Ketahui selanjutnya mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Malayalam…

Mengapa SEATONGUE?

Apabila anda menghubungi SEATONGUE, anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan memadankan perkhidmatan berkualiti dan fleksibel kami untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan serta unik yang memenuhi visi dan matlamat anda dengan tepat. Penyetempatan merupakan keutamaan dalam hasil kerja kami dan kami berbangga kerana semua ahli bahasa kami merupakan penterjemah asli bahasa Asia dalam negara dan dalaman

Bagaimana untuk saya bermula?

Sila isikan borang pada laman web kami berikan kami sedikit idea mengenai perkhidmatan terjemahan bahasa Asia Selatan yang anda cari. Anda akan diperuntukkan seorang Pengurus Projek yang akan membantu anda dan mengetahui keperluan anda dengan lebih terperinci.