Mengapa Kami

Prinsip utama bagi mana-mana pengamalan perkhidmatan terjemahan dalam dunia digital moden pada hari ini adalah untuk menyediakan kemudahan berpusatkan pelanggan yang cukup fleksibel bagi memenuhi kesemua keperluan tersebut beserta proses yang holistik. Di SEATONGUE kami mengambil kira bukan sahaja keperluan ahli bahasa (menyediakan penterjemah asli dalaman), tetapi pengetahuan dalam industri, pakej perisian atau pengetahuan khusus dalam perkhidmatan atau proses kejuruteraan.

Dengan lebih sepuluh tahun pengalaman dalam industri terjemahan, kami telah membina rangkaian ahli bahasa, penterjemah, rakan kongsi dan sekutu yang baik. Sila lihat mengapa pelanggan kami kembali semula dari masa ke semasa dan bagaimana kami boleh menawarkan perkhidmatan yang unggul:

Kualiti

Langkah kawalan kualiti yang digunakan oleh SEATONGUE memastikan kami dapat memberi lebih daripada hanya memenuhi keperluan kawalan atur. Dengan menyemak dan mengawasi sistem serta hasil kami secara berterusan, kami tahu bahawa perkhidmatan terjemahan Asia kami akan terus menjadi lebih baik dan dipertingkatkan dan pelanggan setia kami akan terus menerima produk yang unggul.

Ketahui selanjutnya…

Proses kami 

Di SEATONGUE kami amat teliti dalam memastikan sistem dan proses kami berjalan lancar dan diselia dengan rapi bagi standard dan penyelarasan masa hadapan. Malah, disebabkan proses kami berfungsi dengan amat baik, pelanggan melihat perkhidmatan terjemahan di Asia yang kami lakukan seperti suatu perkara yang mudah. Kami mahukannya begitu – daripada pandangan pelanggan kami, sama ada anda seorang individu, perniagaan atau agensi, kami mahu projek terjemahan anda dapat diselesaikan dengan mudah dan pada harga yang kompetitif.

Ketahui selanjutnya…

Pengurusan Projek

Untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan berkualiti tinggi, setiap tugasan yang unik diperuntukkan seorang pengurus projek. Pengurus projek merupakan antara muka antara pelanggan dan pasukan projek. Menjadi peranan mereka untuk memastikan semua sumber paling sesuai dan efektif kos digunakan untuk setiap projek, semua keperluan klien dipenuhi dan kerja di antara semua ahli pasukan diselaraskan bagi memastikan penyerahan projek berkualiti yang tepat pada masa.

Ketahui selanjutnya…

Pengalaman

Latihan profesional, proses dan sistem yang padu, sokongan pelanggan yang berdedikasi dan kemahiran ahli bahasa dalam pelbagai perkhidmatan, industri dan teknologi merupakan komponen asas bagi sebuah syarikat terjemahan Asia.  Apa yang menjadikan SEATONGUE unik adalah kami memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun yang kami gunakan untuk mengasah dan menyeragamkan perkhidmatan kami.

Ketahui selanjutnya…

Proses

Keutamaan perkhidmatan kami adalah perkhidmatan yang tepat berpusatkan pelanggan dan pantauan untuk semakan. Dengan cara ini kami tahu pelanggan kami menerima perkhidmatan yang unggul dan kami boleh terus menyelaraskan perkhidmatan kami pada masa akan datang.

Ketahui selanjutnya…

Industri

Untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan yang holistik kepada pelanggan, kami memastikan setiap pertanyaan dan projek berpusatkan pelanggan dan ahli bahasa memiliki latar belakang dalam industri anda atau pun pengalaman yang relevan. Jelas sekali, untuk menterjemah bahasa lisan atau dokumen yang memiliki jargon khusus atau prosedur serta sistem yang rumit, terdapat keperluan untuk ahli bahasa agar dapat memahami persekitaran industri unik tersebut.

Ketahui selanjutnya…

SEATONGUE merupakan sebuah syarikat terjemahan Asia dan peneraju dalam bidang penyetempatan budaya dan terjemahan. Untuk bercakap dengan salah seorang perunding kami klik di sini