Pengalaman

Latihan profesional, proses dan sistem yang padu, sokongan pelanggan yang berdedikasi dan kemahiran berbahasa dalam pelbagai perkhidmatan, industri dan teknologi merupakan komponen asas bagi sebuah syarikat terjemahan Asia. Apa yang menjadikan SEATONGUE unik adalah kami memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun yang kami gunakan untuk mengasah dan menyaragamkan perkhidmatan kami.

Sejak syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2006, SEATONGUE telah mendapat pengalaman dan pengetahuan mendalam mengenai pasaran penyetempatan Asia, menerusi pengendalian pelbagai projek untuk pelbagai jenis pelanggan. Kami telah menggunakan sejarah unik kami, yang dipelajari daripada pengalaman kami dan menjana keuntungan daripada usaha kami; semua usaha ini dan akhirnya membolehkan kami untuk menawarkan salah satu perkhidmatan terbaik dalam rantau ini.

Kami bekerjasama dengan pelbagai industri

Pengalaman kami membolehkan kami untuk menawarkan perkhidmatan terjemahan Asia dalam pelbagai industri yang luas termasuk:

Kami bekerjasama dengan jenama berprofil tinggi

Kami berbangga kerana dapat menamakan beberapa jenama dan perniagaan korporat global yang berprofil tinggi yang merupakan antara pelanggan kami yang berpuas hati:

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan terjemahan berkualiti

Kini kami merupakan pakar dalam industri terjemahan Asia, kami telah mengembangkan kekayaan perkhidmatan kami termasuklah perkhidmatan terjemahan dalam semua format dan bentuk yang diperlukan oleh pengguna dan perniagaan dalam dunia digital moden. Perkhidmatan kami termasuk:

Sepanjang 10 tahun yang lalu pengalaman kami telah membolehkan kami menyemak sistem dan proses kami untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan terjemahan kami dan membina sistem semakan ke dalam infrastruktur. Sebagai pelanggan SEATONGUE anda boleh berasa selamat dengan mengetahui bahawa semua penterjemah kami melalui proses pemilihan yang teliti. Perkhidmatan diselia oleh pengurus projek berdedikasi kami sehingga pada peringkat penyerahan projek apabila terdapat siri semakan dan laporan analisis ralat.

Dengan cara begini kami dapat mendengar maklum balas pelanggan kami dan menggunakan pengalaman kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang disesuaikan untuk keperluan anda, dikemas kini untuk memenuhi keperluan dunia digital dan sentiasa diselaras untuk penyelesaian unggul.

SEATONGUE merupakan sebuah syarikat terjemahan Asia dan merupakan peneraju dalam bidang penyetempatan budaya dan terjemahan. Untuk bercakap dengan salah seorang perunding kami klik di sini