Proses

Di SEATONGUE kami amat teliti dalam memastikan sistem dan proses kami berjalan lancar dan diselia dengan rapi bagi standard dan penyelarasan masa hadapan. Malah, disebabkan proses kami berfungsi dengan amat baik, pelanggan melihat perkhidmatan terjemahan di Asia yang kami lakukan seperti suatu perkara yang mudah. Kami mahukannya begitu – daripada pandangan pelanggan kami, sama ada anda seorang individu, perniagaan atau agensi, kami mahu projek terjemahan anda dapat diselesaikan dengan mudah dan pada harga yang kompetitif.

Pelanggan – proses berpusat

Sepanjang 10 tahun yang lalu dalam industri terjemahan, SEATONGUE telah mencipta proses yang membolehkan pelanggan kami untuk mengakses perkhidmatan terjemahan yang:

Untuk memahami bagaimana proses kami berfungsi, sila lihat pada gamba rajah di bawah:

Seatongue Translation Process

[Gambar rajah proses di sini]

Apabila anda menghubungi SEATONGUE buat pertama kali, anda akan membincangkan projek anda dengan salah seorang Pengurus Projek terlatih kami. Telah menjadi peranan mereka untuk memahami matlamat dan visi perniagaan anda dan memindahkan maklumat ini kepada jabatan yang sesuai (cth. DTP; Terjemahan; Kejuruteraan dll.). Diperuntukkan dan dikhaskan kepada projek unik anda, Pengurus Projek akan mengawasi proses daripada permulaan sehingga penyerahan.  Semasa kitaran pertanyaan, pengurus projek anda akan menilai keupayaan yang diperlukan (cth. tahap latihan; keperluan bagi penterjemah asli/tempatan; adakah fail perlu disediakan untuk DTP; kedudukan ahli bahasa yang ada dalam pangkalan data dsb.).

Terdapat tiga bahagian berbeza pada proses:

SEATONGUE merupakan sebuah syarikat terjemahan Asia dan merupakan peneraju dalam bidang penyetempatan budaya dan terjemahan. Untuk bercakap dengan salah seorang perunding kami klik di sini